Kad Raya Elektronik
Malas dan tidak ada duit untuk beli kad raya? Ha, sekarang kan dah ada kad raya elektronik? Apakata, ceriakan insan tersayang di Aidilfitri ini dengan kad ucapan hari raya secara elektronik, sama ada menggunakan e-card (eletronic greeting card) ataupun menerusi kad raya SMS (kirimkan wallpaper, picture message dan banyak lagi melalui handphone). Banyak laman web yang menyediakan peluang untuk anda bagi menyampaikannya ucapan Hari Raya anda kepada rakan taulan dan sanak saudara. Setiap tahun ada laman terbaru yang menyediakan perkhidmatan kad raya percuma ini.
Download koleksi ketupat vector, selamat hari raya kaligrafi, pelita hari raya vector,hari raya, kad raya, design. Browse kad raya pictures, photos, images, GIFs, and videos on Photobucket. The domain inchennai.com may be for sale. Click here for details. Related Searches. RELATED SEARCHES: This domain may be for sale. Backorder this Domain.
Semoga dengan adanya kad Kad Raya Elektronik ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim jauh dan dekat dan supaya mereka yang tersayang terus mengingati anda. Sampaikan salam aidilfitri kepada mereka yang tercinta, tersayang, dirindui dan diingat selalu. Saya percaya ada pembaca yang akan bercuti mulai hari Sabtu ini. Kepada anda semua, semoga anda semua selamat kembali ke kampung halaman. Berhati-hati di jalan raya kalau nak merasa kuih raya di Hari Lebaran nanti!. Sebenarnya, anda juga boleh membuat sendiri kad raya sendiri dengan menggunakan pelbagai perisian melukis seperti Paint, Photoshop, dan sebagainya yang boleh dibeli dari kedai komputer atau dimuat turun dari Internet. Kad yang telah dibuat oleh anda tersebut boleh dicetak dan kemudiannya dihantar melalui pos.
Sememangnya, melakukan persediaan menyambut ketibaan Syawal termasuk menghantar kad ucapan merupakan suatu yang tidak pernah jemu dilakukan setiap tahun, cuma caranya mungkin berbeza.
PENGGUNAAN telefon 3G membolehkan kad raya digital dihantar kepada yang tersayang dalam bentuk teks, gambar dan video ringkas dalam masa beberapa saat sahaja. Di ambang lebaran, umat Islam sibuk membuat pelbagai persiapan dan tidak lengkap rasanya jika musim perayaan ini tiada khabar diutuskan untuk insan-insan tersayang yang jauh di perantauan. Sama seperti tradisi balik kampung menjelang lebaran, berbalas-balas ucapan juga menjadi amalan, tidak kira sama ada mereka jauh di seberang lautan atau dalam negara, malah bersebelahan kampung sekali pun. Mereka yang lama tidak bersua muka mungkin lebih mudah mengutus ucapan salam kemaafan dan bertanya khabar. Bagi yang tidak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman kerana urusan yang tidak dapat dielakkan, pastinya kiriman kad raya menjadi pilihan sebagai pengganti diri.
Kenyataan Pos Malaysia Berhad kelmarin yang menjangka memproses 8.27 juta kad sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini membuktikan tradisi tersebut tidak pernah dipinggirkan. Terdapat pelbagai jenis corak dan saiz kad raya menjadi pilihan untuk dihantar sebagai tanda ingatan kepada keluarga dan sahabat handai, mengikut kemahuan dan selera si pengirim dan kepada siapa penerimanya.
Namun, impak daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), teknologi mengambil tempat dalam kaedah menghantar ucapan bukan sahaja semasa musim perayaan tetapi juga untuk tujuan lain. Kini, kebanyakan kita memilih untuk menggunakan kad raya elektronik atau e-kad raya untuk menggantikan kad raya berbentuk poskad yang dihantar melalui pos kerana ia dikatakan lebih mudah dan pantas.
Cara berkenaan sebenarnya tidak diaplikasikan untuk menghantar ucapan perayaan sahaja, malah ia juga digunakan secara meluas untuk menghantar ucapan-ucapan lain seperti hari lahir, ucapan tahniah, ucapan salam perkenalan dan sebagainya. Semakin popular Secara asasnya, terdapat dua jenis kad raya berbentuk digital yang semakin popular di kalangan masyarakat iaitu melalui medium Internet dan juga telefon bimbit dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) serta khidmat pesanan multimedia (MMS).
SMS membolehkan pengguna telefon bimbit menghantar ucapan raya dalam bentuk teks atau mesej bergambar, manakala MMS membolehkan pengguna menghantar gambar, grafik atau kad raya digital kepada penerima. Bagi yang melanggan perkhidmatan Generasi Ketiga (3G), perkhidmatan Radio Paket (GPRS) atau EDGE pula, mereka boleh menghantar video ringkas dengan menggunakan aplikasi MMS. Di sebalik kecanggihan penggunaan perkhidmatan telefon bimbit itu, ia masih melibatkan kos yang agak tinggi jika pesanan atau ucapan itu ingin dihantar kepada ramai penerima. Justeru, melalui capaian aplikasi Internet yang semakin mudah kini, kebanyakan orang telah mula beralih kepada penggunaan teknologi tersebut untuk menghantar kad raya.
Aplikasi Internet membolehkan pengguna menghantar kad raya mereka menggunakan pelbagai saluran seperti e-mel, perkhidmatan laman web yang menawarkan pelbagai corak kad raya serta menerusi laman web rangkaian sosial. Antara contoh laman web rangkaian sosial yang semakin mendapat sambutan di kalangan remaja sekarang adalah seperti facebook, friendster, myspace dan sebagainya. Apa yang menarik, kesemua saluran penghantaran kad raya melalui Internet tersebut tidak dikenakan sebarang bayaran melainkan bayaran mengakses Internet yang sangat minimum. Bagi yang kreatif dan mempunyai pengetahuan dalam menggunakan pelbagai perisian komputer, mereka boleh mencipta kad ucapan mereka sendiri mengikut rekaan kegemaran.
Kad Raya Elektronik Facebook
Fail kad elektronik yang telah direka itu kemudiannya boleh dihantar kepada penerima dengan menggunakan aplikasi e-mel. Cara tersebut dilihat lebih praktikal memandangkan kebanyakan individu sekarang telah mempunyai akaun emel peribadi mereka sendiri. Kini terdapat pelbagai jenis perisian melukis seperti Photoshop, Print Shop, Card Shop Plus yang ditawarkan di pasaran serta mudah untuk diperoleh. Malah, dengan menggunakan perisian asas seperti Power Point juga, pengguna komputer boleh menyediakan persembahan ucapan Aidilfitri dalam bentuk yang lebih menarik dan interaktif. Selain itu, terdapat juga banyak laman web yang menawarkan pengguna kad raya elektronik dengan pelbagai pilihan corak dan warna yang menarik Sebenarnya, kad raya yang dihantar secara elektronik telah lama popular di negara ini dan ia kini seolah-olah menjadi trend baru untuk menghantar utusan pengganti diri. Kad raya elektronik yang dihantar melalui Internet juga merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menjimatkan perbelanjaan terutama di musim perayaan ini. Penggunaan e-kad ini sangat mudah kerana penghantar hanya perlu mengetahui alamat URL laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut.
Kad Raya Elektronik Free
Setelah mengunjungi laman web tersebut, pengguna hanya perlu memilih kad yang diinginkan, menulis ucapan pada kad serta memilih lagu raya kegemaran bagi mengiringi kad tersebut. Pengguna juga boleh mengubahsuai kad ucapan berkenaan dari segi warna latar belakang, warna teks, jenis tulisan dan sebagainya sebelum penghantaran. E-kad tersebut biasanya akan terus sampai kepada akaun e-mel yang telah dimasukkan dan penerima hanya perlu membuka e-melnya untuk melihat kad tersebut.
Selain itu, terdapat juga pembekal perkhidmatan e-kad ini yang hanya menghantar alamat URL kepada penerima dan meminta mereka mengunjungi laman web tertentu untuk melihat kad raya yang diterima. Untuk mengetahui laman-laman web yang menawarkan kemudahan e-kad raya ini dengan lebih lanjut, pengunjung hanya perlu mencarinya di laman web enjin pencarian seperti Google.com.
Kad Raya Aidilfitri
My, Yahoo.com.my dan pelbagai lagi. Kongsi Konten di.